KUALA LUMPUR - AirAsia akan menambah kekerapan penerbangannya bagi bandaraya-bandaraya terpilih untuk menampung peningkatan permintaan dalam tempoh perayaan Aidilfitri.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata penerbangan tambahan itu akan ditawarkan dari 15 Ogos hingga 26 Ogos.
Antara destinasi-destinasi yang menikmati penerbangan tambahan itu ialah Kota Bharu (daripada lapan kali kepada sembilan kali sehari), Bintulu (daripada dua kali kepada tiga kali sehari) dan Medan daripada lima penerbangan kepada tujuh.
Penerbangan tambahan ini boleh ditempah sekarang hingga 15 Julai, dengan harga serendah RM92 (sehala). Tahun ini, Hari Raya dijangka jatuh pada 19 Ogos. - Bernama
Tuesday, July 24, 2012
Aidilfitri 2012 : Fire Fly sedia Kapal Terbang tambahan ke Kota Bharu,
FIREFLY akan menyediakan penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Pekanbaru, Medan dan Langkawi bagi memenuhi pemintaan tinggi untuk musim hari raya yang berlepas pada 16, 17, 18, 25 dan 26 Ogos 2012.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Firefly Ignatius Ong berkata berdasarkan angka jualan awal, kebanyakan penerbangan untuk tarikh perayaan penting ialah antara 65 dan 70 peratus penuh.
“Tahun ini Aidilfitri dijangka disambut pada 19 Ogos dengan hujung minggu selama empat hari serta cuti umum Hari Kebangsaan disambut pada Jumaat, 11 hari kemudian.
“Perjalanan udara lebih cepat, selamat dan lebih mudah serta selesa berbanding memandu manakala kru operasi sudah sedia untuk memastikan orang ramai dapat sampai ke destinasi pilihan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam
Aidilfitri 2012 : MAS sedia kapal terbang tambahan ke Kota Bharu
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menawarkan 55 penerbangan tambahan dan sembilan penerbangan yang dinaik taraf antara Kuala Lumpur dan Medan, Indonesia serta bagi perkhidmatan domestik, bagi menampung permintaan tambahan sempena Aidilfitri.
Menurut kenyataan MAS di sini hari ini, penerbangan berkenaan akan menawarkan sebanyak 10,824 tempat duduk yang boleh ditempah menerusi semua saluran pengedarnya dari 16 Ogos hingga 28 Ogos ini.
Penerbangan pergi balik tambahan bagi perkhidmatan domestik ialah bagi laluan KL-Kota Kinabalu (lapan kali), KL-Kuching (satu kali), KL-Tawau (lima kali), KL-Labuan (lima kali), KL-Sibu (tiga kali), KL-Miri (tiga kali), KL-Bintulu (tiga kali), KL-Kota Baharu (lima kali), KL-Kuala Terengganu (tiga kali), KL-Alor Setar (empat kali).
Penerbangan pergi balik KL-Medan ditambah kepada 15 kali untuk menampung permintaan tambahan pada musim hari raya.
Sementara itu, tiga penerbangan akan dinaik taraf bagi destinasi Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan enam penerbangan bagi destinasi Kuala Lumpur-Kuching.
Menurut kenyataan itu, MAS akan memantau trend tempahan bagi musim perayaan itu dan akan menawarkan lagi penerbangan tambahan jika perlu.
Tiket boleh ditempah menerusi laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com, MHmobile,www.flymas.mobi, pejabat tiket seluruh negara, Pusat Panggilan bebas tol 24 jam di 1-300-88-3000 dan semua ejen pelancongan yang dilantik. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)