Friday, September 27, 2013

Air Asia perkenal Route Kota Bharu ke Kota Kinabalu



Buat julung kalinya , atas permintaan ramai syarikat penerbangan tambang murah Air Asia akan memperkenalkan laluan baru antara Hub kedua Air Asia di Kota Kinabalu ke Kota Bharu iaitu lauan baru antara Borneo dan  pantai timur .

KKIA  di Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia yang kini mengendalikan jumpa penumpang 5-6 juta setahun manakala Lapangan Terbang Kota Bharu ( LTSIP) merupakan lapangan terbang paling sibuk di Pantai Timur.

Dengan adanya penerbangan ini diharapkan memudahkan aktiviti pelancongan di antaran dua wilayah tersebut dan disamping memudahkan penumpang untuk berulang alik tanpa melalui KLIA/LCCT.

Dengan durasi perjalanan 2 jam 40 minit , dan sebanyak 3 kali semingu penerbangan diyakini ia akan mendapat sambutan menggalakan dari pengembara.

No comments:

Post a Comment