DASAR LANGIT TERBUKA (OPEN SKY)
Hari ini ramai yang berbicara dan mendesak perlebaran penerbangan antrabangsa lapangan terbang domestik, dan kerajaan membiarkan syarikat penerbangan untuk merancang dengan sebebas-bebasnya tindakan syarikat penerbangan. Kenapa ia berlaku demikian tidak ketika dahulu yang mana hanya Lapangan Terbang Antarangsa sahaja yang dibenarkan berbuat demikian iaiatu terbang ke destinasi Antarabangsa.
Ia berlaku kerana usaha kerajaan untuk menandatangani perjanjian dasar langit terbuka di kalangan negara ASEAN.
Jesteru itu apa yang dimaksudkan dengan perjanjian tersebut?
Sebenarnya perjanjian itu bermaksud untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan udara (connectivity) di antara Malaysia dan negara-negara asing.
i. Perjanjian perkhidmatan udara dua hala berdasarkan Dasar Langit
Terbuka atau Open Skies Policy membenarkan syarikat
penerbangan Malaysia dan Negara-negara asing mengadakan
penerbangan tanpa sekatan dari segi kekerapan perkhidmatan,
kapasiti penerbangan, jenis pesawat, laluan serta bilangan
syarikat penerbangan yang dibenarkan (multiple designations) di
antara Malaysia dan negara tersebut.
ii. Aturan perkhidmatan udara yang bersifat open skies memberi
kemudahan dan daya penarik kepada syarikat-syarikat
penerbangan kedua-dua negara untuk meneroka pasaran dan
mengadakan penerbangan dengan kekerapan dan laluan secara
commercially viable di antara kedua-dua negara. Situasi ini
mampu meningkatkan pertumbuhan sektor pengangkutan udara
dan industri pelancongan negara dan sekali gus meningkat
accessibility rakyat negara ini ke negara-negara lain di dunia dan
sebaliknya.
iii. Secara umumnya, Malaysia menawarkan semua destinasi di
Malaysia yang mempunyai lapangan terbang antarabangsa
kepada kebanyakan negara melalui Perjanjian Perkhidmatan
Udara dua hala (bilateral) yang ditandatangani.
dan sebab itulah lapangan terbang domestik di Malaysia seperti lapangan terbang Kuantan, lapangan terbang sultan ismail Petra dan lapangan terbang Ipoh boleh mendagakan route ke Singapura dan sebagainya. Seperti juga lapangan terbang Tawau terbang ke Tarakan di Indonesia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment