Firma penyelidikan, Alliance Research berpendapat tarikh pembukaan KLIA2 tetap akan diadakan pada 2 Mei ini, atau pun selewat-lewatnya pada akhir 2014 sekiranya masih berhadapan dengan isu-isu teknikal.
Jelas kenyataan firma itu, pihaknya menjangkakan tempoh kerja-kerja pembinaan fizikal lapangan terbang itu sedikit tertangguh iaitu sehingga Januari 2014, namun, tidak akan mengubah tarikh pembukaan rasminya pada 2 Mei depan.
Katanya, terdapat penampan yang mencukupi dalam tempoh yang diberikan untuk menyelesaikan isu-isu teknikal dalam peringkat akhir KLIA2.
"Pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) telah menjelaskan bahawa mereka mengekalkan komited untuk membuka KLIA2 pada 2 Mei ini.
"Kami yakin bahawa potensi tertangguh itu tidak akan melibatkan impak bahan terhadap aliran tunai dan prospek perolehan kumpulan MAHB," ujar Alliance Research.
No comments:
Post a Comment