Tuesday, July 9, 2013

Frekuensi tambahan Malindo Air ke Kota Bharu


'Tiket penerbangan RM49'
Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid milik Malaysia dan Indonesia.
: Malindo Air akan menambah tiga laluan penerbangan ke Alor Setar, Langkawi dan Kuala Terengganu mulai 1 Ogos depan sempena sambutan Aidilfitri ini.

Syarikat penerbangan hibrid milik Malaysia dan Indonesia itu menawarkan tiket penerbangan serendah RM49 sehala. 

Ia juga akan menyediakan penerbangan tambahan ke Kota Bharu kepada empat penerbangan sehari, Johor Bharu (tiga penerbangan sehari) dan Pulau Pinang (tiga penerbangan sehari) bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. 


Syarikat terbabit juga akan memulakan penerbangan ke Tawau, Sabah, menggunakan pesawat B737-900ER bermula Rabu depan.

Penerbangan tambahan MAS aidilfitri 2013 : KL- KB 5 kali sehari



Pic FB KBR
Malaysia Airlines (MAS) menawarkan 55 penerbangan tambahan dan sembilan penerbangan yang dinaik taraf antara Kuala Lumpur dan Medan, Indonesia serta bagi perkhidmatan domestik, bagi menampung permintaan tambahan sempena Aidilfitri.
Menurut kenyataan MAS di sini hari ini, penerbangan berkenaan akan menawarkan sebanyak 10,824 tempat duduk yang boleh ditempah menerusi semua saluran pengedarnya dari 16 Ogos hingga 28 Ogos ini.
Penerbangan pergi balik tambahan bagi perkhidmatan domestik ialah bagi laluan KL-Kota Kinabalu (lapan kali), KL-Kuching (satu kali), KL-Tawau (lima kali), KL-Labuan (lima kali), KL-Sibu (tiga kali), KL-Miri (tiga kali), KL-Bintulu (tiga kali), KL-Kota Baharu (lima kali), KL-Kuala Terengganu (tiga kali), KL-Alor Setar (empat kali).

Prestasi MAS semakin baik

ITIK hitam dalam sejarah Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami kerugian RM2.52 bilion pada 2011 dilihat semakin jauh ditinggalkan syarikat penerbangan pertama negara itu yang kini seolah-olah mendapat nafas baru dan semakin rancak memperluas sayap perkhidmatannya ke seluruh dunia.
MAS semakin pulih
Selepas enam bulan menyertai perikatan syarikat penerbangan oneworld sejak Februari lalu, trafik keseluruhan MAS meningkat 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Trend pertumbuhan sihat itu berterusan apabila MAS kelmarin mengumumkan pembukaan semula laluannya ke Dubai dan Darwin, Australia serta laluan baru ke Kochi, India, selari dengan matlamat untuk menjadi syarikat penerbangan premium pilihan di Asia dan dunia, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, strategi utama MAS kini adalah memberi lebih tumpuan untuk memperluas rangkaian serantaunya, dan syarikat itu kini sedang bergerak aktif ke arah itu.

"MAS perlu membesar selari dengan pertumbuhan di rantau ini, bermakna kami perlu melabur dalam penambahan pesawat kami serta meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

"Sebagai syarikat penerbangan negara, kami memutuskan untuk membuka laluan ke tiga lokasi ini bagi memperkenalkan Malaysia kepada pasaran baru," katanya pada sidang media pengumuman laluan baru itu.

Menurutnya, MAS sentiasa memantau kehendak pasaran bagi mengukuh dan memperluaskan lagi capaian perkhidmatan kepada pelanggannya.

MAS akan memulakan penerbangan ke Kochi pada 1 September ini dan ke Darwin pada 1 November depan, sementara pembukaan semula laluan ke Dubai akan bermula pada 5 Ogos depan.

Sementara itu, mengulas mengenai strategi MAS dalam pengurusan perolehan, Ahmad Jauhari berkata, syarikat itu akan terus memaksimumkan perolehan dengan cara menawarkan harga terbaik pada masa yang tepat dan menambah kekerapan penerbangan ke pelbagai destinasi di rantau ini.

MAS mencatatkan pengurangan kerugian 46 peratus kepada RM165 juta bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding kerugian RM307 juta dalam suku pertama tahun lalu.

dapatkan Enrich di Firefly....


FIREFLY, anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan ahli Program Penerbangan Kerap MAS (Enrich) kini boleh mengumpul dan menebus mata Enrich apabila mereka menggunakan khidmat Firefly berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut syarikat itu, tawaran  diberi sempena sambutan ulang tahun ke enam syarikat itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, Firefly memahami ramai pelanggan terus menggunakan penerbangan itu kerana adanya perkhidmatan yang mudah, organisasi profesional daripada aspek keselamatan operasi dan juga layanan mesra krew kabin.

"Menerusi keahlian Enrich, pelanggan kini boleh mengumpul mata yang cukup untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan ke destinasi laluan Firefly mahupun MAS," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Firefly turut memperkenalkan diskaun tambang rendahnya yang masih berjalan sehingga kini. Sebanyak 500,000 tempat duduk boleh dibeli dengan harga diskaun bagi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga Mac 2014.

Penerbangan tambahan Air Asia sempena Aidilfitri


KUALA LUMPUR - AirAsia  mengumumkan kekerapan penerbangan tambahan ke Kota Baharu, Langkawi, Pekanbaru, Solo, Bangkok, ChiangMai dan Phuket bagi tempoh perjalanan dari 2 hingga 18 Ogos, sempena sambutan  Hari Raya.
Penerbangan-penerbangan itu boleh ditempah sekarang melalui www.airasia.comserta aplikasi AirAsia melalui peranti iPhone dan Android.
"Kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi akan ditambah kepada 70 kali seminggu daripada 66 kali, berkuat kuasa Jun.
"Berkuat kuasa Ogos, kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pekanbaru akan ditambah kepada 14 kali seminggu daripada tujuh kali manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok ditambah kepada 70 kali seminggu daripada 63 kali," kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Komersial AirAsia, Kenny Wong, berkata kekerapan penerbangan tambahan itu diperkenalkan kerana syarikat itu menjangkakan lonjakan perjalanan dalam tempoh perayaan itu. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, AirAsia X mengumumkan promosinya yang menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk merancang perjalanan mereka pada masa akan datang dengan tambang dari serendah RM299 sehala dari Kuala Lumpur ke Korea dan mendapatkan satu lagi tiket penerbangan bagi orang tersayang dengan percuma.    
"Tempahan boleh dibuat dalam talian mulai sekarang hingga 10 Jun bagi tempoh perjalanan dari 1 Julai tahun ini hingga 30 April tahun depan," katanya.
Destinasi-destinasi lain yang ditawarkan dalam promosi itu termasuklah Taiwan, Australia, Nepal dan Arab Saudi. - Bernama

Penerbangan tambahan hari raya aidilfitri

Firefly akan menambah penerbangan bagi Hari Raya tahun ini yang dijangka pada 8 Ogos ini berikutan hujung minggu yang panjang selama empat hari. 

Penerbangan tambahan itu adalah bagi perjalanan dari 2-17 Ogos dan kini boleh dibeli. 
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong, berkata permintaan bagi penerbangan semasa tempoh Hari Raya selalunya sangat tinggi. 


"...dan tahun ini tidak terkecuali. Kami menjangka permintaan akan lebih tinggi daripada tahun lalu." 

Firefly adalah anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines dan mula beropersi pada April 2007. 

-BERNAMA

Fire Fly Terbang ke Indo China Via Kota Bharu - 2014


Firefly rancang lebar sayap ke Indo China
Ketua Pegawai Eksekutif ATR Filippo Bagnato (kiri) dan Ong bersama pesawat baru ATR 72-600 dalam majlis penyerahannya di Perancis, kelmarin.
SYARIKAT penerbangan komuniti, Firefly, merancang mengembangkan perkhidmatannya ke Indo China dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat itu merancang melaksanakan inisiatif baru tersebut memandangkan ia kini telah menerima serahan pesawat serantau turboprop pertama daripada Avions de Transport Regional (ATR).

“Kami akan menumpukan kepada laluan baru di Indo China iaitu ke Vietnam dan Kemboja mulai tahun depan dan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis serahan pesawat ATR 72-600 daripada Avions de Transport Regional