Ketua Pegawai Eksekutif ATR Filippo Bagnato (kiri) dan Ong bersama pesawat baru ATR 72-600 dalam majlis penyerahannya di Perancis, kelmarin.
SYARIKAT penerbangan komuniti, Firefly, merancang mengembangkan perkhidmatannya ke Indo China dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat itu merancang melaksanakan inisiatif baru tersebut memandangkan ia kini telah menerima serahan pesawat serantau turboprop pertama daripada Avions de Transport Regional (ATR).
“Kami akan menumpukan kepada laluan baru di Indo China iaitu ke Vietnam dan Kemboja mulai tahun depan dan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis serahan pesawat ATR 72-600 daripada Avions de Transport Regional
.Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat itu merancang melaksanakan inisiatif baru tersebut memandangkan ia kini telah menerima serahan pesawat serantau turboprop pertama daripada Avions de Transport Regional (ATR).
“Kami akan menumpukan kepada laluan baru di Indo China iaitu ke Vietnam dan Kemboja mulai tahun depan dan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis serahan pesawat ATR 72-600 daripada Avions de Transport Regional
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu akan dijadikan hub penerbangan tersebut untuk ke Indo China.
Firefly membeli 20 unit pesawat 72 tempat duduk daripada ATR yang akan diserahkan secara berperingkat sehingga 2019.
Syarikat itu, yang menyasar pendapatan RM350 juta tahun ini dan terbang di 25 laluan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Airline yang memulakan operasi pada April 2007. Dengan 12 pesawat, penumpang Firefly meningkat daripada 100,000 pada permulaan operasi kepada 1.2 juta penumpang tahun lalu.

No comments:
Post a Comment