KUALA LUMPUR - AirAsia mengumumkan kekerapan penerbangan tambahan ke Kota Baharu, Langkawi, Pekanbaru, Solo, Bangkok, ChiangMai dan Phuket bagi tempoh perjalanan dari 2 hingga 18 Ogos, sempena sambutan Hari Raya.
Penerbangan-penerbangan itu boleh ditempah sekarang melalui www.airasia.comserta aplikasi AirAsia melalui peranti iPhone dan Android.
"Kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi akan ditambah kepada 70 kali seminggu daripada 66 kali, berkuat kuasa Jun.
"Berkuat kuasa Ogos, kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pekanbaru akan ditambah kepada 14 kali seminggu daripada tujuh kali manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok ditambah kepada 70 kali seminggu daripada 63 kali," kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Komersial AirAsia, Kenny Wong, berkata kekerapan penerbangan tambahan itu diperkenalkan kerana syarikat itu menjangkakan lonjakan perjalanan dalam tempoh perayaan itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, AirAsia X mengumumkan promosinya yang menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk merancang perjalanan mereka pada masa akan datang dengan tambang dari serendah RM299 sehala dari Kuala Lumpur ke Korea dan mendapatkan satu lagi tiket penerbangan bagi orang tersayang dengan percuma.

"Tempahan boleh dibuat dalam talian mulai sekarang hingga 10 Jun bagi tempoh perjalanan dari 1 Julai tahun ini hingga 30 April tahun depan," katanya.
Destinasi-destinasi lain yang ditawarkan dalam promosi itu termasuklah Taiwan, Australia, Nepal dan Arab Saudi. - Bernama
No comments:
Post a Comment