Monday, April 29, 2013

PRU 13 : Tiket Fire FLY ke Kota Bharu habis..penerbangan tambahan disediakan..

SYARIKAT penerbangan jarak dekat, FireFly akan menyediakan 12 penerbangan tambahan pada 4 dan 5 Mei untuk memberi fokus kepada pelanggan yang berlepas dari Subang, Kota Bharu dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif FireFly, Ignatius Ong berkata, tempat duduk dalam penerbangan FireFly habis dibeli selepas pengumuman Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), baru-baru ini.

“Kami menjangkakan penerbangan terutama ke Kota Bharu, Kelantan akan merekodkan permintaan tinggi," katanya dalam kenyataan, semalam.

Tiga kekerapan tambahan dari Subang ke Kota Bharu pada 4 Mei akan berlepas pada jam 6.20 pagi, 4.30 petang dan 9.15 malam, manakala waktu pelepasan dari Kota Bharu ke Subang adalah pada 7.45 pagi, 5.55 petang dan 10.40 malam selain dua penerbangan tambahan pada 5 Mei.

“Selain itu, sempena kempen promosi yang bermula 15 April lalu, FireFly turut menyediakan penerbangan pada harga serendah RM76 untuk destinasi domestik bagi menggalakkan pelanggan meluangkan masa bersama keluarga tersayang dengan pulang beberapa hari lebih awal,” kata Ong.

No comments:

Post a Comment