Tuesday, April 2, 2013

KB- Singapura 80 peratus muatan


Firefly sasar  80 peratus penumpangKakitangan Firefly promosi pakej penerbangan ke Koh Samui yang ditawarkan kepada pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kelmarin. - Foto Michael Ong
Kerjasama erat rakan media, agensi pelancongan tambah muatan

Kota Bharu: Firefly Sdn Bhd, syarikat penerbangan komuniti milik Penerbangan Malaysia (MAS) yakin dapat mencapai sasaran 80 peratus muatan penumpang untuk setiap penerbangan bagi laluan Kota Bharu, Kelantan dan Singapura. Ketua Perkhidmatan Pelanggan dan Jualan, Azman Ahmad, berkata keyakinan itu adalah disandarkan kepada perkembangan positif jumlah ketibaan kumpulan pertama penerbangan sulung menaiki pesawat dari Kota Bharu-Singapura dan Singapura-Kota Bharu, Jumaat lalu. 

Sebenarnya kita nak sasarkan semua penerbangan mempunyai muatan penumpang sebanyak 80 peratus dan sekarang (bagi destinasi) Singapura yang kita baru lancarkan penerbangan pertama pun sudah mencapai 50 peratus muatan”. - Azman Ahmad, Ketua Perkhidmatan Pelanggan dan Jualan

Beliau berkata, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai berikutan kerjasama erat antara Firefly bersama rakan media serta agensi pelancongan dua negara yang dilakukan secara berterusan.

“Sebenarnya kita nak sasarkan semua penerbangan mempunyai muatan penumpang sebanyak 80 peratus, dan sekarang (bagi destinasi) Singapura yang kita baru lancarkan penerbangan pertama pun sudah mencapai 50 peratus muatan.

Kerjasama pihak

“Bagi kami jumlah itu pun sudah dianggap bagus. Justeru, dengan adanya promosi dan kerjasama rakan media serta agensi pelancongan maka sasaran 80 peratus itu akan dapat dicapai,” katanya. 
Pada Jumaat lalu, seramai 32 penumpang menjadi kumpulan pertama menaiki penerbangan sulung membabitkan laluan Kota Bharu-Singapura. 

Mulai 10 Ogos, Firefly menyediakan penerbangan dari Kota Bharu ke Singapura dengan kekerapan empat kali seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Selain ke Singapura, Firefly turut menyediakan penerbangan ke Subang (10 kali sehari), Pulau Pinang (setiap Selasa, Khamis dan Sabtu), dan Johor Bahru (sehari sekali).

No comments:

Post a Comment