Monday, April 29, 2013

Penerbangan tambahan air Asia ke Kota Bharu ke 13

Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang istimewa sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini, manakala AirAsia menyediakan penerbangan tambahan KL-Kota Bharu dan KL-Terengganu mulai 3 hingga 6 Mei.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata tempahan kelas perniagaan dan ekonomi boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 26 April, bagi perjalanan dari 18 April hingga 30 November ini, sebagai sebahagian daripada tambang istimewa PRU-13 itu.

Katanya, tambang kelas ekonomi merangkumi semua bayaran dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Terengganu, Kuantan, Kota Bharu, Johor Bahru dan Langkawi bermula daripada RM130 manakala tambang pulang yang merangkumi semua bayaran bermula dari RM713.

Katanya, tambang pulang yang merangkumi semua bayaran dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Miri, Sibu, Sandakan, Bintulu dan Kuching bagi kelas ekonomi atau perniagaan masing-masing bermula serendah RM300 dan RM1,713.

Orang ramai juga boleh terbang ke Kota Kinabalu, Miri, Bintulu atau Sibu dengan bayaran serendah RM76, merangkumi semua bayaran tambang pulang kelas ekonomi dan daripada RM1,513 bagi kelas perniagaan.

Katanya, penerbangan dari Kota Kinabalu ke Tawau, Labuan dan Sandakan bermula daripada RM136 merangkumi semua tambang pulang serendah RM1,713 bagi kelas perniagaan.

Ketepi caj penalti

Bagi penumpang yang menempah penerbangan antara 27 April dan 12 Mei tetapi mahu menangguhkan perjalanan masing-masing bagi PRU-13, MAS akan mengetepikan caj penalti dan melanjutkan tempoh perjalanan masing-masing sehingga 31 Julai tahun ini.

Sementara itu, AirAsia Bhd akan mengendalikan penerbangan tambahan dari sini ke Kota Bharu dan Terengganu mulai 3 hingga 6 Mei untuk menampung permintaan tinggi minggu PRU-13.

Dalam kenyataan syarikat penerbangan kos rendah itu semalam, tujuh penerbangan tambahan ditawarkan bagi laluan KL-Kota Bharu sementara laluan KL-Terengganu enam penerbangan tambahan.

“Tambang penuh penerbangan tambahan ini bermula daripada RM84 satu hala dan boleh didapati di www.airasia.com mulai hari ini hingga 26 April, serta menerusi platform tempahan mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com dan aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android,” katanya.

No comments:

Post a Comment